Aku Bukan Sapa-sapa!

Seperti mana yang aku cakap dalam post pertama aku, aku bukan sapa-sapa. Aku hanya sorang anak Melaka yang nak menegur perkara salah. Jangan kaitkan aku ngan BKKIMM walaupun aku penyokong diorg dan mauqif kami sama. Jadi, aku nak gtau, apa jua tindakan aku, sama sekali tidak melambangkan dan tidak berkaitan dengan BKKIMM. Malah, tidak juga berkaitan dengan bilal, noja dan juga tok siak..hahahaha

Friday, December 31, 2010

Perjumpaan Bersama Pelajar Ditunda

Aku baru mndapat maklumat bhwa perjumpaan antara delegasi kerajaan Melaka dan ahli Bkan Melaka ditunda kepada esok hari. Aku jangkakan diorg memang sibuk merancang malam ni macam mana nak ugut n pastikan anak Melaka sertai IMAM. Esok juga akan diumumkan penubuhan IMAM. Kepimpinan IMAM yg dilantik pun sejak malam ni sudah kelihatan berkeliaran di Wisma Seri Melaka.

Macam biasa, seperti apa yg diucap di malam perasmian Wisma Seri Melaka, modal tarik pinjaman Tabung Amanah Pendidikan Melaka akan dijadikan senjata. Apa2 pun, aku yakin anak Melaka akan trus disokong n didoakn oleh semua mahasiswa di Mesir. Insyaallah yang benar tetap akan menang. Klu x sekarang pun, akan datang di Mahsyar.

Thursday, December 30, 2010

Perjumpaan Pengisytiharan IMAM?

Pada malam ni,aku mendapat khabar bahawa akan diadakan perjumpaan antara delegasi kerajaan Melaka bersama pelajar Melaka. Kemungkinan Ikatan Mahasiswa Anak Melaka akan diisytiharkan pada malam ini. Aku tak jamin perjumpaan ni akan berlangsung dgn tenang. Jangan salahkan pelajar jika pertemuan malam ni meletup.

Apabila keadaan yang tenang diganggu, kita x pelik jika orang yang diganggu akan mengamuk. Ketenangan pelajar Melaka telah diganggu gugat oleh pegawai n konconya, maka beranikah tanggung kesannya?

Bila Dia Jadi IMAM, Aku Akan Jadi Makmum!

Salam pengenalan. Aku bukan sapa-sapa, hanya sorg insan yang terpanggil untuk bersuara. Aku bukan aktivis, bukan ahli politik, bukan pimpinan pelajar, bukan sapa-sapa. Jadi, tidak perlu rasa tidak selesa dengan kedatangan aku kecuali orang yang akan terasa.

BKKIMM, persatuan yang aku rasa sangat banyak membantu aku sebagai anak Melaka di Mesir telah dihina dan dinafikan haknya sebagai badan yang menjaga kebajikan anak Melaka di Mesir. Kenapa dihina? Setelah berdekad membantu kerajaan negeri menguruskan segala hal ehwal kebajikan anak Melaka, ia telah ditolak dan diketepikan begitu sahaja dengan alasan yang amat tidak relevan.

Pertama, kerana terlibat dengan PMRAM. Aku amat menantikan respon daripada pegawai kebajikan anak Melaka (kebajikan apa yang dia buat, aku pun x tahu) kerana dia sendiri telah bersetuju dengan ahli Melaka untuk membenarkan malah tidak kisah jika anak Melaka mengambil manfaat daripada PMRAM berkenaan perkara berkaitan pendidikan, kebajikan dan hizbah. Tetapi, manusia inilah yang membungkam seribu bahasa, malah orang inilah yang mengaturkan penubuhan Ikatan Mahasiswa Anak Melaka (IMAM) dan mencadangkan perlantikan ketua IMAM semasa makan tengahari bersama Ketua Menteri. Secara tidak langsung orang inilah menjadi mastermind dalam mengetepikan BKAN sedangkan dialah juga orang yang menagih keringat ahli BKAN dalam semua tugas dan majlis utama anak Melaka terutama dalam majlis menyambut BOSnya.

Dia sendiri setuju kerjasama itu, namun dia sendiri menjadikan itu sebagai bukti untuk ditunjukkan kepada Ketua Menteri. Adakah itu strategi untuk menampakkan anak Melaka sebagai bergabung dengan PMRAM dan terlibat dengan politik pembangkang? Aku rasa semua satu Mesir tahu, anak Melakalah antara yang dingin hubungannnya dengan PMRAM. Berapa banyak anak Melaka jadi BP PMRAM? Jawapannya XDE! Anak Melakalah yang paling xkisah suasana politik baik di Mesir atau di Malaysia. Jadi, apa bukti atau keadaan yang boleh digambarkan anak Melaka ini aktif politik pembangkang? Aktif aktiviti BKAN pun tidak, aktif PMRAM pun tidak, malah aktif Kelab UMNO pun tidak. Jadi, mana buktinya wahai sang pegawai Melaka?

Lebih mengejutkan, penyingkiran BKAN itu berselari dengan penubuhan Kelab UMNO Melaka Mesir. Adakah mesej di sini, anak Melaka tidak boleh sertai PMRAM kerana hanya dikatakan (bukan satu yang pasti) terlibat politik pembangkang, maka wajib pula anak Melaka sertai politik UMNO? Bukankah stand Kementerian Pengajian Tinggi, mahasiswa tidak boleh aktif mana-mana parti politik? Jadi, kenapa PMRAM tidak boleh tetapi UMNO boleh? Sedangkan kelab UMNO lebih jahar politiknya jika dibandingkan dengan apa yang dituduh kepada PMRAM.

Adakah kerana kita anak Melaka yang ditadbir UMNO, maka UMNO itu Melaka dan Melaka itu UMNO? Anak Melaka automatik wajib sertai UMNO? Apa kejadahnya kaitan ini? Xde langsung lazim wa malzum antara Melaka dan UMNO. UMNO adalah UMNO, anak Melaka adalah anak Melaka! Duit yang mereka guna berpuluh ribu sebagai kos mereka ke Mesir adalah duit rakyat Melaka, bukan duit UMNO! Duit TAPEM yang mereka pinjamkan kepada kita adalah duit rakyat bukan duit UMNO! Jadi, apa hak engkau semua, menggunakan duit rakyat untuk ke Mesir, hanya untuk menjayakan matlamat UMNO? apa hak engkau, menggunakan duit TAPEM kepunyaan rakyat Melaka sebagai ugutan untuk tunduk kepada desakan UMNO?

Aku bukan ahli PAS, PKR, atau DAP. Bukan juga aku ahli UMNO. Malah aya aku sendiri adalah ahli UMNO. Aku pandang tinggi kepimpinan Ketua Menteri selama ini, namun ianya berakhir ketika ini! Hak dan keselesaan rakyat dipinggirkan, politik UMNO diutamakan. Sekarang pula, Wisma Seri Melaka kepunyaan RAKYAT MELAKA dijadikan pula markas sementara Kelab UMNO Kaherah! Aku tidak pernah kisah jika PMRAM itu PAS ke, pegawai Melaka ini UMNO, aku tak ambil endah pun. Namun apabila hak rakyat ditukarkan kepada hak milik UMNO, kawan-kawan aku yang ikhlas nak bantu jaga kebajikan pelajar Melaka di Mesir dihina begitu rupa, aku jadi berapi.

Kedua, kerana BKAN tidak bernaung bawah pegawai. Jika nak naungan pegawai, boleh bawa berbincang. Namun pegawai pun jika nak jadi penaung, bawalah visi rakyat di dalam BKAN, bukan VISI UMNO! Mereka berkata, BKAN sudah tidak perlu kerana sudah ada pegawai. Aku nak bertanya, andai ahli tidak memerlukan BKAN, adakah pegawai boleh bergerak sorang tanpa BKAN? Xperlu jawab, ahli Melaka tahu semua jawapannya.

Siapa yang menitik peluh ketika perpindahan Rumah Melaka Lama? Siapa yang berlumuran darah ketika Hari Raya Kurban? Siapa yang tidak tidur malam ketika persiapan majlis menyambut Ketua Menteri? Di mana sang pegawai ketika itu? Berapa peratus bantuannya, atau dia sekadar bersandar, menunggu hasil dari keringat anak Melaka? Aku amat tidak dapat terima, BKAN yang paling banyak bekerja untuk menyambut tetamu kehormat datang ke Mesir, namun tetamu inilah yang mengisytiharkan penyingkiran BKAN seoalh-olah BKAN ini sampah yang tidak perlu dipandang. Jeritan ahli BKAN yang dibiarkan begitu sahaja. Malah, setelah berjanji untuk berjumpa dengan pimpinan BKAN di malam 29 Dis, janji itu dibuang ke dalam tong sampah setelah BKAN disingkirkan pada malam sebelumnya!

Aku ingin melihat sang pegawai utasan sang Ketua Menteri untuk menjaga kebajikan semua anak Melaka di Mesir tanpa bantuan BKAN. Aku nak lihat siapa pula orang-orang yang akan menjadi ahli Kelab UMNO Melaka Mesir. Aku nak lihat stand 'jemaah talam dua muka' dalam isu ini. Aku nak lihat orang yang akan jadi SB kepada sang pegawai. Aku nak lihat semua ini dan aku akan bongkarkan semuanya nanti....Salam 'mesra' kepada pegawai, Kelab UMNO Melaka Mesir dan IMAM...