Aku Bukan Sapa-sapa!

Seperti mana yang aku cakap dalam post pertama aku, aku bukan sapa-sapa. Aku hanya sorang anak Melaka yang nak menegur perkara salah. Jangan kaitkan aku ngan BKKIMM walaupun aku penyokong diorg dan mauqif kami sama. Jadi, aku nak gtau, apa jua tindakan aku, sama sekali tidak melambangkan dan tidak berkaitan dengan BKKIMM. Malah, tidak juga berkaitan dengan bilal, noja dan juga tok siak..hahahaha

Tuesday, January 25, 2011

Kempen IMAM Bermula - Kalau Berani, Buatlah Pilihanraya !

Salam. Maaf lama tak update. Maklumlah fatrah exam ni. Aku ada berita yang baru dapat dua tiga hari lepas. Sori pada informer aku yang bersungguh-sungguh bagi aku berita ni.

Dikhabarkan pimpinan IMAM yang dilantik (baca : bukan dipilih) sudah wat roadshow di Wisma Seri Melaka (WSM) untuk menarik sokongan terutama di kalangan mahasiswa pengajian Islam. Bagi aku, ni satu perkembangan sihat yang perlu dialu-alukan. Baru la gentleman.

So, di samping usaha tu, aku seru 'pihak tertentu' menghentikan segera segala usaha tidak bermaruah yang telah berlaku di kebelakangan ni. Serang peribadi, ugut tarik pinjaman, kata orang lain bodoh dan mengaku diri sendiri pandai, semua ni jelas perbuatan orang pengecut yang kehabisan modal.

Aku ulangi pendirian aku sebelum ni, jika korang wat perkara betul dan tiada agenda busuk di sebalik semua ini, takkan la anak Melaka tak sokong. Jadi, promote la 'perkara betul' yang korang pelopori tu dan kita lihat siapa dapat sokongan. Ada sorang pimpinan IMAM tu memberi gambaran kat aku bahawa diorang boleh memenangi pengaruh mengatasi BKKIMM. Kalau berani cakap, berani la buktikan!

Boleh minta pegawai buat pilihan raya di WSM dan serah kepada ahli untuk buat pilihan siapa pemimpin mereka. Tidak perlu nak mengada-ngada mengaku sebagai pemimpin rakyat selagi rakyat sendiri tak pilih. Bukan ke logo IMAM pun dah disiapkan? So, alang-alang dah ada logo, masuk la gelanggang pilihan raya... Cantik diletakkan logo pada kertas undi nanti.

Ada juga dengar khabar, akan diadakan perasmian IMAM selepas habis exam ni. Tok Duta pun akan dijemput. Jadi, aku pun tak pasti adakah diorang ni berani berdepan dengan hak ahli untuk memilih pemimpin mereka. Harap-harapnya diorang ni ada keberanian Hang Tuah untuk berdepan dengan rakyat Melaka. Dengarnya pandai bersilat. Jadi ber'silat'lah di padang yang rata. Kalau tak, aku ulangi, jangan nak mengada-ngada mengaku pemimpin coz anak Melaka tidak pernah akui korang sebagai pemimpin!

p/s : Kalau En Anwar lum ada ilham nak buat pilihan raya, aku cadangkan En Anwar bleh adakan serentak ngan pilihan raya kecil Merlimau...hahahah...Meriah sikit nanti...=)

Tuesday, January 18, 2011

BKKIMM Masih Ditagih, Ke Mana Peranan IMAM?

Salam. Maaf kepada semua lama tak update berita. Mungkin sebab memang xde berita kot. Informer aku pun x respon pape, so aku pun xde la nak bagitau pape.

Cuma, hari ni aku dapat satu berita yang menggelikan hati gak la...Katanya, 'seseorang' telah berjumpa dengan AJKT persatuan yang telah dipinggirkan dengan biadap untuk mengutip duit letrik Wisma Seri Melaka. Aku pun pelik, kalau dah korang tak iktiraf, kenapa nak minta tolong lagi?

Aku rasa ada dua je jawapan. Pertama, 'seseorang' itu sendiri tak pasti IMAM yang dilantiknya boleh buat tugas. Kalau pun nak jaga IMAM dia yang sedang study, bagi aku setakat nak kutip duit letrik, tak jejas pun study tu. Tak sampai sehari pun...Aku risau, kalau kerja mudah ni pun susah, macam mana pula dengan kerja lebih utama contohnya anak Melaka yang diugut untuk ditarik pinjaman... Mampu ke IMAM uruskan, ataupun biarkan je apa yang berlaku.....korang pun tahu jawapannya....

Kedua, mungkin ini petanda BKKIMM tetap diakui dan 'diiktiraf' peranannya walaupun dikatakan telah dipinggirkan. Bagi aku, kita kene sambut baik walaupun dia 'iktiraf' kita dalam diam...Kene faham tu, diam tu tanda suka dan setuju..Betol x? hahaha

Namun, bagi aku, mana-mana AJKT yang diminta untuk melakukan kerja WSM, korang timbanglah sendiri. Aku boleh beri cadangan tindakan yang perlu dibuat. Pertama, korang tanyalah, kenapa tidak minta IMAM dia yang buat? Kedua, korang terima dengan baik dan laksanakan. Bagi aku, ni pun baik gak coz kita buat semua ni kerana Allah dan bantu anak-anak Melaka.

Ketiga, korang tak buat tugasan tu. Ni pun baik juga kalau korang rasakan mungkin bantuan korang tu akan dimanipulasi sebagai tindakan tunduk kepada IMAM. Atau pun mungkin kerja yang BKKIMM buat tu pula diangkat sebagai IMAM yang buat... Bukan nak sangka buruk, tapi sangkaan yang ada asas! Depan kita, dicakap dengan penuh baik. Belakang kita, ibu bapa diugut tarik pinjaman, serang peribadi pimpinan BKKIMM... Orang yang macam ni, kita kene buat baik. Dalam masa yang sama kene berjaga!

Apa pun, ini petanda bahawa BKIMM tetap menjadi harapan untuk membantu melaksanakan kerja kebajikan di WSM. Jadi, buat apa la kita nak buat sesuatu yang sedia ada. Tahsilul hasil batil. Persatuan yang berpengalaman dah ada, buat apa adakan satu lagi yang sama? Walaupun ada yang kata pimpinan BKKIMM ini bodoh, tapi mereka lebih cekap dan pengalaman. Adakala, budak yang sibuk membodohkan orang ni la langsung tak tahu apa!

Kemudian, aku nak counter sikit berkenaan serangan peribadi yang dilakukan terhadap pimpinan BKKIMM baik di FB mahupun di shout box aku. Aku lihat, serangan peribadi dah dimulakan. Aku ulangi, orang macam ni jenis xe maruah. Bagi aku, kalau ada maruah, kita bertanding cara gentleman. Xkan la disebabkan orang tak mahu sokong korang, korang nak tarik sokongan dengan menjatuhkan air muka orang?

Masing-masing usaha untuk dapatkan sokongan. Siapa yang disokong, itulah pemimpin! Tak perlu nak serang peribadi ataupun nak ugut tarik pinjaman. Kalau korang betul-betul ada kekuatan dan sokongan, korang pasti akan menang tanpa guna cara tak bermaruah ni.

Kalau aku nak serang peribadi, banyak maklumat dalam kocek aku yang aku boleh dedah...Tapi, aku masih sedar dan tak akan ikut rentak korang. Hanya orang yang takde maruah je yang akan serang peribadi dan guna ugutan duit pinjaman untuk pastikan orang sokong dia.

Pimpinan BKKIMM masih pemimpin kami. Tak pernah berlaku pertukaran kepimpinan. Yang perlu sedar diri adalah mereka yang masih mengaku pemimpin sedangkan orang yang dipimpin sendiri tak akui dia. Patutnya dah faham, tapi nampaknya tak faham-faham.....

Ni serangan pertama aku kepada IMAM...aku harap ini juga yang terakhir coz aku tak nak babitkan mereka di dalam IMAM. Aku faham diantara mereka gak ada yang dipaksa.. Tapi kalau korang serang pimpinan BKKIMM lagi, jangan salahkan aku kalau aku dedahkan pape....

p/s : aku rasa aku masih tak serang peribadi sesapa...teguran aku ni adalah secara umum... Sapa yang makan M'd, dia lah yang rasa Big Mac..maaf guna contoh barang muqata.ah..hahaha

Thursday, January 13, 2011

'Orang Luar' Buat Kerja Politik?

Salam. Aku dapat dua berita dari dua informer. Tapi aku dahulukan berita ni walaupun berita ni sampai lambat. Sebulan sebelum ini, Wisma Seri Melaka (WSM) dikejutkan dengan kemasukan mereka yang bermuka baru. Dengarnya bukan anak Melaka. Pelik gak, kenapa bukan anak Melaka boleh duduk di rumah Melaka. Tapi aku secara peribadi, xpe je. Orang luar nak sewa gak di WSM, paling kurang beban diorang menyewa di rumah sewa yang mahal, dapat dikurangkan.

Bila Tok Ali datang, Tok Ali pun kata xpe je benarkan orang bukan Melaka menyewa di WSM coz budak Melaka pun belum ramai. Aku pun jadi makin tak kisah la walaupun ramai kengkawan aku x pueh ati gak.

Tapi berita yang baru aku dapat, membuatkan aku kembali mengambil kisah tentang perkara ini. Aku mendapat berita sahih yang mengatakan ada di kalangan mereka yang bukan anak Melaka di WSM antara orang yang giat menyebarkan borang UMNO. Aku dengar aktiviti tu dilakukan di Rumah Wilayah dan beberapa rumah sewa.

Aku sebenarnya tidak berapa kisah dengan perkara ini. Orang PAS nak sebarkan perjuangan mereka, sebarkanlah...Orang UMNO nak wat macam tu gak, pun silakanlah..Tapi yang aku khuatir, adakah ada jaminan daripada pegawai bahawa kebenaran yang diberikan kepada bukan anak Melaka untuk duduk di WSM ini tidak ada motif politik di sebaliknya?

Kita semua maklum, penyingkiran secara biadap terhadap BKKIMM disekalikan dengan penubuhan Kelab UMNO Melaka Mesir. Juga pemindahan sementara markaz Kelab UMNO Kaherah di WSM. Ini sudah cukup menunjukkan semua ini ada motif politik. Namun, perkembangan terbaru ini menimbulkan kemungkinan, adakah kebenaran orang luar untuk menyewa di WSM juga berkaitan dengan motif politik juga?

Pegawai kene jawab perkara ni. Beri jaminan bahawa pegawai tidak ada motif begitu. Kita semua pun boleh test perkara ini. Bagi mana-mana sahabat yang tidak ada rumah untuk disewa, WSM dibuka untuk permohonan korang semua. Kita tengok pertimbangan pegawai dalam menerima permohonan orang luar kali ini.

Aku melihat, jika tiada jaminan diberikan, maka sudah tergambar beberapa kemungkinan. Kelab UMNO Melaka yang ditubuhkan setakat ini aku tengok memang xde sambutan dari anak jati Melaka di WSM. Jadi, untuk meramaikannya, tenaga orang luar memang diperlukan. Jadi, tidak mustahil hairanlah kehadiran orang luar kini yang sangat membantu tugas-tugas pegawai.

Aku ada maklumat lebih detail berkenaan orang luar itu, berkenaan macam mana die boleh 'tersewa' di WSM, isu die sebelum die tinggal di WSM. Tapi xpe, aku tak lepaskan semua. Aku akan lepaskan mengikut keadaan. Jadi, aku harap pegawai tolong buat kenyataan untuk menafikan bahawa kehadiran orang luar ini adalah untuk menjayakan motif tersembunyi UMNO di WSM. Jika tidak, maka bersedialah untuk melihat kelibat orang ini yang aktif menyebarkan borang UMNO di WSM seperti mana yang dilakukan die di Rumah Wilayah sekarang...Maka, semakin benarlah telaan, harta rakyat (WSM) akan dijadikan waqaf UMNO...

Sedikit tambahan, jika korang anggap PMRAM itu pembangkang, maka korang pun sebagai pendakyah UMNO di Mesir, SILA GUNAKAN DUIT SENDIRI untuk buat kerja UMNO. Sewa pejabat guna DUIT SENDIRI, jangan bertempel di WSM, jangan berlindung di bawah kuasa Kerajaan untuk survival korang, gunakan DUIT SENDIRI dalam semua aktiviti dan kempen. Bukan gunakan peruntukan daipada DUIT RAKYAT! Jika ini berlaku, aku dan yang lain-lain sedikit pun tak kisah, kita lihat siapa yang akan mendapat sokongan mahasiswa!

p/s : aku tak kata semua orang luar di WSM terlibat. Bagi mereka yang tidak berkaitan, sila jangan terasa. Sapa yang makan Mo'men, dia yang rasa Swis Tawwok...hahaha =)

Tuesday, January 11, 2011

Menjawab Hujah - Boleh Ke Adab Menandingi Kewajipan Melawan Kezaliman?

Salam. Aku paksakan diri untuk menaip di pagi yang mulia ni, untuk memberi faham kepada sahabat kita, ‘Tuah’ yang bagi aku perlu dijelaskan semula perkara ni. Memang kita perlu beradab, berlu bersopan. Itu tuntutan dalam Islam. Tapi, BUKAN AJRAN ISLAM jika beradab tu mendiamkan kezaliman yang berlaku kepada hak orang lain. Aku turunkan kat sini ayat perbualan aku dan ‘Tuah’ di shout box.

‘Tuah’ : ap yg tuan hamba semua perkatakn ni. kte ank melayu. berbudi bahasalah. knpe diguna bahasa yg tak enak didgr. bkn nabi prnah mngajar kte utk berbuat baik sesama manusia. inikn pula sesama islam. sedarlah wahai bangsaku. kalau semua ini berterusan, sia2lah ungkapan ku dahulu. dan tak peliklah apabila melayu bnr2 hilang di dunia

Akumakmum to Tuah : Aku guna bahasa yang sesuai sesama ank Mlk.aku bgktkn semuanya fkta n hujah.kalau ada yg salah,lawanlh dgn hujah dan fakta gak. tntg bsatu,nabi ajar mnyatukn bangsa dgn Islam.so,seruan satukn melayu oleh 'phk trtntu' skrg ats nma Islam ke?atau just ats nma kuasa n undi pru? aku setuju bangsa melayu bersatu,tapi wajib atas nma Islam.nabi juga satukn slrh arab ats nma Islam.mlh nabi sndri tlk twrn arab brsatu ats nma kuasa!

‘Tuah’ : tuan hamba, apa kata kte tolak tepi soal kuasa. tolak tepi hal undi. tolak tepi hal fakta n hujah. apa guna kte brtelingkah. apa salah kte berbaik sesama kte. tanpa memikirkan perbedaan antara kte. kte khalifah di bumi Allah. tegur menegurlah dgn cara yg berhikmah. lbeh elok tgur secara terus. bkn ke perbuatan tuan hamba ini sama seperti membuka aib saudara seIslam kte sendiri. tegurlah secara berdepan. mmg bnr kte tuan hamba. bersatu ats nme Islam. SYABAS parameswara!!! mmg itulah yg kte semua mahukn. tp knpe masih antara umat masih ad bertelingkah? fkir2knlah. dlm kte sesme Islam, Melayu bertelingkah. kte x tau kalo ad org kafir di luar sne bertepuk tgn.

‘Tuah’ tahu ke isu yang berlaku? Bolehkah hujah ‘beradab’ mengatasi kepentingan dan kewajipan bersatu? Isunya sekarang, kesatuan yang dibina atas dasar Islam dan ketaatan pada Allah di kalangan anak Melaka di Bumi Mesir telah digugat dengan satu usaha yang memiliki motif di sebaliknya. BKKIMM, persatuan yang menjalankan dakwah dan kebajikan di Wisma Seri Melaka telah difitnah sebagai hipokrit dan dipinggirkan dengan penuh biadap. Kemudian digantikan dengan ‘Ikatan Mahasiswa Anak Melaka’ (IMAM) yang ditubuhkan dengan penuh tanda soal dan penuh motif tersembunyi.

Seperti yang aku katakan sebelum ini, aku tidak mengatakan mereka di dalam IMAM ini yang bermasalah, malah apa yang kami tentang adalah penubuhan IMAM itu sendiri. Mereka di dalam IMAM tidak semuanya menjadi dalang. Namun, pihak atasan yang mempunyai agenda tersembunyi yang bertanggungjawab di atas apa yang berlaku. Tindak tanduk dan gerak kerja mereka dalam menubuhkan IMAM yang aku pertikaikan.

Jika penubuhan IMAM ini sekadar reform nama, aku pun tak kisah. Macam yang aku cakap, serah pada ahli untuk lantik kepimpinan mereka dan serah kepada kepimpinan yang dilantik itu untuk menggubal perlembagaan mereka. Aku pun setuju sangat jika ini berlaku.

Namun, ‘Tuah’ tahu kea pa yang berlaku sebenarnya? Pada mulanya, dikatakan kita hipokrit, pastu dipinggirkan persatuan lama dan ditubuhkan yang baru. Mula-mula kata, tidak kisah untuk pililh mana2 persatuan baik yang lama atau baru. Namun, di Malaysia, ibu bapa mahasiswa diugut untuk menarik bantuan pinjaman jika tidak sokong IMAM. Ada pelajar yang hampir pasti akan ditarik pinjaman (dengan ayat mudah, akan disusahkan mereka untuk menuntut ilmu di Bumi Anbia ni!!). Kemudian, dijalankan serangan peribadi kepada mereka yang kekal menyokong persatuan lama

Penubuhan IMAM juga diseiiringkan dengan penubuhan Kelab UMNO Melaka Mesir di Wisma Seri Melaka. Pastu dijadikan Wisma Seri Melaka sebagai markaz sementara Kelab UMNO Kaherah. Aku nak tanya, hak rakyat Melaka dijadikan hak UMNO, aku perlu diam ke? Banyak lagi la, ko cari la sendiri kalau benar ko nak tahu kebenaran!

Aku nak tanya Si Tuah ni, dengan apa yang berlaku ni, nak terus bersangka baik dengan penubuhan IMAM? Wei, bersangka baik dalam Islam ada batasnya, ia tidak sampai mendiamkan kezaliman! (goram plak aku wei....) Aku puas bertanya stand kepimpinan IMAM berkenaan apa yang berlaku, kenapa membisu? Kesimpulan aku, kalau apa yang diorang buat ni benar, tidak perlu nak buat semua perkara tak bermaruah tadi. Aku tuntut penubuhan IMAM ini dibuat dengan cara yang bermaruah dan tidak menzalimi orang lain, kalau tidak jangan pula gunakan hujah ‘adab’ untuk menafikan hak orang yang dizalimi untuk bangun bersuara!

Aku nak tanya, Tuah ni orang Melaka ke? Tahu tak perbezaan pertuturan orang Melaka dengan negeri lain? Kalau ko nak kata aku tidak berbudi bahasa dan kasar, nampak sangat ko x tahu uruf adat orang Melaka. Bahasa yang aku tuturkan dalam blog ni adalah bahasa biasa dalam pertuturan kami anak Melaka. Kalau orang luar Melaka terasa, itu korang punya pasal. Aku menulis untuk ahli Melaka dan berkenaan isu Melaka. Diorang skit pun tak terasa. Kalau orang luar Melaka nak baca blog ni, gunakan kanta bahasa pertuturan orang Melaka!

Dalam blog aku, aku adakala gunakan bahasa tegas untuk menegaskan stand aku. Adakah penegasan bahasa itu tidak beradab? Tidak berbudi bahasa? Aku juga guna perkataan marah, marah yang ada asas dan pada perkara yang hak. Itu pun kasar ke? Wei, perhatikan semula dan kaji makna sopan dan beradab dalam Islam, bukan hanya sekadar guna perkataan sopan, tapi pandang dengan pandangan yang sempit.

Kalau Tuah nak tahu, kamilah pihak yang menolak semua soal kuasa, undi. Kami gunakan segala kelembutan semasa awal2 isu ini berlaku.Kami sentiasa berbaik dan merayu kepada Si Bapa. Jadi adakah salah, kami bertegas menuntut hak kami? Namun dalam masa yang sama, kami sentiasa berbaik dan tidak menyerang peribadi mereka. Kami menyerang pada kezaliman yang mereka buat, bukan pada peribadi mereka. Maka, adakah bila kami menuntut hak, kami dikatakan bertelingkah.

Tuah tahu ke apa itu hikmah? Adakah lembut itu hikmah? Adakah tegas pula tidak hikmah? Hikmah adalah bijaksana, melakukan sesuatu tepat pada tujuan dan sasaran. Adakah disebabkan akumakmum ni unknown, maka aku tidak hikmah. Adakah teguran secara  berdepan tidak berlaku? Mereka di dalam BKKIMM melakukan teguran secara berdepan, maka salahkah aku buat teguran secara terbuka?

Sebutkan dengan jelas, mana bahagian di dalam blog ini aku mengaibkan sesapa? Tahukah Tuah, jika kezaliman berlaku dan kejahatan dilakukan secara terang –terangan, maka diharuskan untuk mendedahkannya secara terbuka? Adakah tindakan aku mendedahkan kejahatan dan kezaliman yang berlaku ini dikatakan membuka aib orang lain?

Aku tidak pernah menyerang mana-mana peribadi di dalam blog ini, aku meyerang pada kejahatan mereka yang dilakukan secara terbuka. Aku tulis di dalam blog aku dengan bersandarkan fakta dan bukti. Jika ada yang aku katakan salah, atau ada menyerang peribadi dan perkara yang tidak berkaitan, bgtau aku dan tunjukkan bukti kesalahan aku, aku sedia menarik semula dan memohon maaf!

Kesimpulannya, ini bukanlah pertelingkahan, tetapi perjuangan menuntut hak. ‘Pertelingkahan’ begini adalah harus dalam Islam hinggalah pihak yang zalim memulangkan hak kepada mazlum. Maka, diharapkan Tuah tidak memandang adab dari sudut yang salah sehingga menafikan hak melawan kezaliman dengan bersandarkan hujah ‘beradab’. Dalam hal ini, yang perlu berhenti adalah si zalim, berhenti daripada perbuatan zalim. Bukannya kami yang menuntut hak ini yang perlu berhenti.

Tuah perlu jelas, jika kami tunduk dan berbaik dengan pihak yang menzalimi mahasiswa Melaka, itu adalah salah di sisi agama Islam! Islam tidak ajar kita beradab hingga membiarkan kezaliman berlaku dan maruah kami dipijak!

p/s : aku malas nk ulas lagi hujah ‘beradab’ macam ni...lotih la menaip..pape pun, terima kasih Tuah atas teguran. Kalau nak bagi pandangan ke pape, bagi dalam FB je la..malas nk layan dalam blog ni =)

Sunday, January 9, 2011

Lagi Bukti Penubuhan Imam Ada Motif Politik!

Salam. Berita terbaru yang aku dapat, delegasi yang bermulut manis di Wisma Seri Melaka kini berubah wataknya. Setelah tak dapat nak pengaruhi mahasiswa Melaka di Mesir untuk terima IMAM yang ditubuhkan dengan penuh tanda soal, kini ibu bapa pelajar pula jadi buah catur puak-puak ini dalam usaha menagih sokongan murahan dari kita.

Terbaru, seorang lagi pelajar mengadu bahawa ibu bapanya di Malaysia telah ditekan dan dipaksa oleh 'pihak tertentu' untuk mengarahkan anak mereka di Mesir untuk jauhi BKKIMM dan sertai IMAM. Satu kata putar 180 darjah yang dilakukan oleh puak-puak ini. Di Mesir mereka berkata, kalau ingin kekal dengan BKKIMM, mereka tiada halangan. Di Malaysia, mereka paksa pulak ibu bapa untuk arahkan anak mereka sertai IMAM.

Aku minta izin untuk gunakan bahasa kasaq sikit. Kalau korang anak jantan dan ada maruah, buktikan kewujudan maruah korang semua dengan bermain di padang yang rata. Tak perlu gunakan kuasa yang rakyat sendiri amanahkan itu. Ada maruah ke korang, guna kuasa untuk paksa kami menyokong tindakan korang yang penuh dengan agenda.

Kami sendiri tidak gunakan cara paksaan. Kami promote produk kami dan mahasiswa Melaka tertarik dengan produk kami. Kalau korang nak, promote la sama produk korang. Kalau nampak buruk dan berbau pun produk tu, boleh cuci produk tu dengan air sungai Nil, kemudian balut elok-elok macam hadiah. Kalau pandai solek, kompom ada yang tertarik walaupun bau busuknya tetap berbau!

Apa yang dibanggakan sangat, guna duit rakyat untuk takutkan rakyat. Ada maruah ke macam tu? Kalau berani, korang buat la apa jua cara untuk tarik minat dan sokongan mahasiswa. Kalau korang buat perkara baik dan bagus serta tiada agenda politik, xkan la mahasiswa tidak sokong.

Ok la, kalau korang tak mampu berfikir cara yang betul, meh aku bagitau. Aku cadangkan kepimpinan IMAM dipertandingkan dan serah kepada mahasiswa untuk pilih pemimpin mereka. Kalau tidak, jangan la mengada-ngada nak mengaku 'pemimpin rakyat' sedangkan hakikat sebenar mereka pemimpin lantikan yang akan digunakan dan akan dibonekakan untuk menjayakan 'the hidden motif'.

Kemudian, serah kepada pimpinan yang dipilih itu untuk menggubal perlembagaannya sendiri. Itulah namanya demokrasi yang disokong oleh mahasiswa. Bukannya perlembagaan yang ditulis dan direka berseorangan, kemudian dikatakan ini perlembagaan anak Melaka. Sori beb, aku tak terima perlembagaan begitu.

Aku jamin, jika korang buat dua perkara ni, confirm akan bertambah penyokong korang walaupun aku tidak nafikan ramai lagi yang akan kekal menentang IMAM (termasuklah aku...hahaha) kerana mereka tidak bersetuju pada penubuhan IMAM itu sendiri. So, be gentleman la wei, aku cabar korang bersaing betul-betul untuk dapatkan sokongan mahasiswa. Hentikanlah perbuatan tidak bermaruah ni. Bukan aku je tak suka, para akhwat solehah pun mesti tak berminat dengan lelaki macam ni...(tak nak kahwin ngan wanita solehah ke wei?...hahahah)

p/s : Ada x akhwat solehah yang taqdim En Anwar sebelum ni? Muhasabah ye...hahaha..gurau pagi je En Anwar! =)

Saturday, January 8, 2011

Kronologi Isu BKKIMM

Salam. Aku berikan link kepada korang untuk dapatkan kronologi isu BKKIMM yang bleh diambil dari blog BKKIMM secara softcopy. Aku xleh masukkan dalam blog ni kerana masalah teknikal. Harap maap ye korang semua....

p/s : Mana die kronologi dari En Anwar plak? =)

Friday, January 7, 2011

Berapi Pagi - Jika Negeri Lain Tidak Perlu Campur, Pegawai Tak Berkaitan Pun Tidak Perlu Menyibuk!

Aku mendapat komen dalam FB aku berkaitan isu Melaka ni berkenaan komen seorang pegawai JPMK yang mempamerkan wajah suci murni. Komennya adalah "Salam, ramai yang bertanya kepada saya berkaitan isu BKAN Melaka (BKKIMM); saya berpendapat orang dari negeri lain x perlu campur, sebab YAB Ketua Menteri telah putuskan bahawa ia tidak mengiktirafnya. Di pihak s...aya urusan rasmi hanya bersama persatuan pelajar yang diiktiraf Kerajaan Negeri Melaka iaitu IMAM. Sekian dimaklumkan dan selamat mengulangkaji pelajaran."

Aku jadi berapi bila kenangkan kehadirannya yang sentiasa bersama Tok Ali semasa kehadiran Tok Ali 28-20 Dis lepas. Aku fikirkan, kenapa sampai begitu? Apa urusan die sehingga mengekor Tok Ali begitu? Dia cuma Atase Pendidikan, sedangkan kehadiran Tok Ali dan delegasi adalah atas urusan logistik dan hal ehwal kerajaan Melaka. Kalau ada sentuh pendidikan pun, hanya sedikit seperti wang pinjaman. Itu pun xde kaitan dengan JPMK.

Aku berapi dengan kenyataan dia, 'orang negeri lain x perlu masuk campur'. Kami adalah mahasiswa. Hak kami dinafikan oleh 'orang atasan' kami, lalu kami tidak bersetuju dan membantah. Sahabat-sahabat kami cuma menyokong dan ambil tahu keadaan kami. Salah ke ambil tahu dan menyokong? Bercanggah dengan Islam ke? Atau bercanggah dengan politik UMNO di Mesir yang sedang diusahakan oleh pegawai ni?!


Siapa tidak tahu matlamat politik pegawai ni? Merata majlis bersama pelajar, dia edarkan borang Kelab UMNO. Majlis pelajar pun nak dijadikan majlis UMNO ke? Sudahlah Wisma Melaka dah jadi macam waqaf UMNO, xkan la program pelajar pun jadi program UMNO? Aku bukan ahli mana-mana parti, apa berlaku pada diorg, bukan hal aku pun. Tapi bila mahasiswa dicaturkan sebagai buah catur politik, lebih-lebih lagi dengan cara yang amat biadap, aku memang xpueh hati..


Aku bertambah yakin semua yang berlaku ada motif politik.. Tambahan pula, 'pengusaha' politik UMNO di Mesir sentiasa kelihatan kelibatnya di majlis kami. Ada lagi, telaan aku semalam pun tepat. Memang dah ada usaha untuk ugut pelajar di Mesir, juga ibu bapa mereka di Melaka sana (yang ini xde kaitan ngn pegawai ye). Apa cara ni wei? Kalau gentleman, turun di padang rata la....


Jadi, kami anak Melaka sedikit pun tak rasa sahabat-sahabat kami menyibuk hal kami. Sedikit pun mereka tidak campur tangan. Apa yang mereka sokong dan ambil tahu sebagai hasil didikan agama Islam yang mengajar umatnya ambil tahu keadaan saudara sendiri. Xde masalah dan salahnya langsung.


Kamu pula, buat kerja kamu sebagai penjawat awam yang berkhidmat untuk rakyat. Kamu dihantar dengan menggunakan duit rakyat, bukan duit UMNO. Kalau nak wat keje UMNO, JPA kene claim kos berkaitan kamu di Mesir ni daripada UMNO.... Atau balik ke Malaysia, minta UMNO support kamu semula untuk datang sini dan wat keje UMNO. Bagi aku, korg nak buat keje UMNO di Mesir ni, aku tak kisah. Tapi, sila GUNAKAN DUIT UMNO!


Ketetapan KPT adalah mahasiswa tidak perlu terlibat politik. Aku pun xsetuju perkara ni. Biar la mahasiswa nak berpolitik. Tapi, bila penjawat awam gunakan duit rakyat dan kuasa yang rakyat amanahkan untuk buat kerja politik, aku xbleh setuju. Ingat, kamu juga pegawai tidak berkaitan dalam isu ini, jangan masuk campur!


p/s : Aku serang komen die ye, bukan serang peribadi die. Tn KJ tetap happy go lucky sentiasa...steady Tn KJ! Hahaha =)

Thursday, January 6, 2011

Serang Balas Bermula?

Salam. Maaf skli lg,sibuk la skrg. Korg pun tahu kan, fatrah exam sekarang. Aku cuba bagi komitmen terbaik untuk berikan infomasi terkini pada korg. Moga Allah berikan kesempatan masa Insyaallah.

Sebelum tu, aku nak minta maaf coz salah tekaan berkenaan jaulah penerangan ke muhafazah tu. Aku katakan sebelum ni, aku rasa diorg akan pergi Damanhur dan Dumyat, rupanya diorg xpg la plak. Macam yang aku kata sebelum ni, aku just agak je. Jadi, bukan berdasarkan laporan la, just ramalan aku je. Maaf ye jika ada yang terkeliru ngan berita tu. Xpasal2 reporter aku pun bantai gelak kat aku. Hampeh...

Berita ni aku dapat semalam, tapi baru sempat post hari ni. Maaf la sekali lg terutama pada reporter yang bersungguh nak aku post secepat mungkin. Ia berkenaan pertemuan antara pegawai dan YDP Isnin lepas. Ada tambahan pada laporan yang aku berikan sebelum ni.

YDP ada meminta pegawai agar tidak menggunakan modal pinjaman Tabung Amanah Pendidikan Melaka (TAPEM) untuk memastikan semua ahli Melaka menyokong dan menyertai IMAM. Aku sendiri dengar khabar, sudah ada usaha mengugut pelajar dengan pinjaman ni, terutama disebabkan kelantangan pelajar semasa kehadiran delegasi. Jadi aku nak bertanya kepada mereka yang bersama IMAM, inikah yang dikatakan tiada agenda politik?!!

Jadi, diharapkan kepada pihak atasan, gentleman la skit. Kalau betul2 ada pengaruh, kita serahkan pada ahli untuk buat keputusan. Jangan gunakan kuasa dan ugutan. Kuasa yang ada tu pun bukan korg punya. Allah yang bagi melalui asbab rakyat. Jangan pula paksa rakyat untuk bawa isu ini ke peringkat nasional jika hak rakyat bersuara dibalas dengan ugutan!

Seterusnya, reporter aku melaporkan, ada 'pihak' yang melakukan 'jaulah' bilik ke bilik di Wisma Melaka agar ahli Melaka menyokong IMAM dan kerajaan negeri. Bagi aku, aku xde masalah dengan usaha itu coz hak die juga untuk berusaha nak promote produk die.

So, sepatutnya kesan dari 'jaulah' tu adalah die mendengar suara ahli dan majoriti. Kemudian membuat keputusan berdasarkan suara ahli yang die dengar sendiri. Jadi, sila bentangkan hasil 'jaulah' tu. Adakah majoriti menyokong IMAM atau x? Jangan takut untuk bentangkan jika benar ahli menyokong IMAM. Jika xbrani, kita pun paham2 sendiri la...

Pastu aku nak komen, bukan masalah x sokong hasrat kerajaan negeri. Andai kalau kerajaan negeri buat perkara betul, xkn la kita menentang. Masalahnya, kerajaan negeri buat perkara yang x patut berlaku, perkara yang jadi asbab kekalutan ni. Jadi, salah ke mahasiswa x bersetuju dengan perkara yang tidak betul ni? Kitorg bukan budak2 sekolah yang sentiasa kene angguk...

Kemudian, laporan juga mengatakan sudah bermula serangan peribadi dilakukan kepada kepimpinan BKKIMM. Serangan yang bertujuan menjatuhkan kredibiliti mereka terutama berkaitan dengan study. Aku seru kembali, kalau korg betul, kalau korg gentleman, korg xkn buat cara ni. Kalau nak kira serang peribadi, dah lama aku bleh buat. Tapi, kita bertembung atas perkara persatuan, bukan peribadi. Jadi, xperlu la korg serang pimpinan BKKIMM secara peribadi begini.

Mereka bukan gipang nak pada jawatan. Mereka dipilih oleh ahli. Masalah peribadi dan lain-lain, itu masalah diorg. Xde kene ngan batang hidung korg pun. Xde kaitan ngan pertembungan ini. Jadi, kalau nak kepada sokongan, tunjukkan kebenaran korg dan kita lihat siapa yang ahli sokong. Bukan cara yang bermaruah dengan menjatuhkan kredibiliti orang lain untuk mendapatkan sokongan.

Pengajaran juga kepada penyokong BKKIMM. Jangan nak salahkan mereka kalau korg pun dua kali lima. Ingat, dakwah tidak menghalalkan perkara haram. Diorg nak buat zalim, itu diorg punya pasal. Bukan cara kita untuk ikut apa yang mereka buat. Seperti kata As Syahid Umar Mukhtar ketika pengikutnya mengikut cara penjajah Itali yang membunuh tawanan perang "Mereka bukan 'guru' kita!"

Ok la. Aku xnak berceramah. Last aku nak cakap, blog ni bukan medan maki hamun. Jika shout box di dalam blog ni dijadikan medan korg mengasah bakat dalam memaki hamun orang, aku x teragak2 untuk tutup shout box ni. Xkisah la yang terlibat tu BKKIMM atau IMAM, dua2 aku sebat! Hehe..garang tu... Ok la, jumpa lagi di masa akan datang.

p/s : En Anwar mesti suka aku xnak serang peribadi... =)

Wednesday, January 5, 2011

Perlembagaan IMAM Dan Siap?


Salam. Berita terbaru yang aku dapat, perlembagaan IMAM dah disiapkan pagi tadi oleh kepimpinan IMAM. Tengok link ini. Bagi aku, ni salah satu tindakan diorg yang bercanggah dengan apa yang diperkatakan diorg sendiri.

Satu Wisma Melaka dengar bagaimana delegasi Kerajaan Melaka kata, kita tidak perlu persatuan. IMAM hanya KOMITI PELAKSANA bagi program yang dijalankan oleh pegawai. So, jika sekadar KP, kenapa perlu ada perlembagaan dan ahli?

Bagi aku, jelas diorg ni ada motif lain. Bagi aku pula, aku yakin diorg ada motif politik. Aku minta pimpinan IMAM jawab, apa pendirian diorg ngan pejabat sementara Kelab UMNO Kaherah di Wisma Melaka dan penubuhan Kelab UMNO Melaka Mesir? Harta rakyat Melaka (Wisma Seri Melaka) dah jadi harta UMNO ke?

Satu lagi, bagi sesiapa yang berpandangan aku kini sedang memerangi kepimpinan IMAM yang dilantik, aku nak perbetulkan sedikit anggapan korang. Aku xpertikai mereka di dalam IMAM, aku pertikai cara IMAM ditubuhkan dan cara biadap BKKIMM dipinggirkan. Minta maaf kalau ajkt IMAM yang dilantik terasa.

Namun, kami tetap dengan pendirian kami iaitu menolak penubuhan IMAM dan kekal bersama BKKIMM. Jika kami menentang IMAM akn datang, fahamilah kami bukan mnentang korang di dalam IMAM, tetapi menentang penubuhan IMAM itu sendri. Jika ini brrlaku, jangan salahkan kami, tapi salahkan 'pihak atasan' yang biadap terhadap ahli dan anak-anak Melaka.

p/s : Maaf, emosi skit pagi ni. Terima kasih kepada reporter yang baru memberikan berita ni. Die kata x payah tulis ‘reported by’. Itulah namanya ikhlas…=)

Laporan Lewat - Jaulah Muhafazah Dan Pertemuan YDP Bersama Pegawai

Salam. Maaf sangat, baru dapat menulis. Aku nak ulas berkenaan jaulah muhafazah yang sekarang masih berjalan dan dijangka tamat malam ni atau esok pagi.

Jaulah bermula pada semalam di Zaqaziq. Kelewatan ini aku dengar disebabkan ‘perbincangan’ antara pegawai dan YDP di Wisma Melaka selepas Asar pada hari Isnin lepas. Dengarnya pertemuan tu berlanjutan hingga 2 jam. Jap lagi aku akan ulas pertemuan tu di bawah nanti.

Dikatakan jaulah bermula malam Isnin lepas, namun tiada pertemuan dijalankan malam itu. Mereka yang menyertai jaulah itu hanya bergerak ke Zaqaziq dan bermalam di sana. Pertemuan dengan mahasiswa hanya berlaku pada Selasa pagi. Apa respond dan laporan jaulah, aku tak dapat update lagi. Reporter kata die hanya boleh bagitau laporan penuh selepas jaulah tamat. Hampeh btol..Nasib baik la aku yang pancing reporter ni. Kalau reporter yang pancing aku n bergaji, aku dah tolak gaji die..hehe (jangan marah reporter…)

Selepas tu, mereka terus bergerak ke Mansurah dan pertemuan dengan mahasiswa Mansurah berlangsung pada tengah hari tu juga. Past uterus bergerak ke Tanta dan pertemua dijalankan pada waktu malam. Hui, aku puji semangat delegasi jaulah ni, dalam masa nak exam ni, diorg sanggup luangkan masa untuk wat semua  ni. Kalau korg yang dok kat rumah tu langsung tak sokong diorg ni, memang korg lagi hampeh…

Dikatakan hari ni diorg akan terus bergerak. Aku tak dapat pastikan, namun aku jangka mungkin ke Damanhur dan Dumyat. So, korang yang kat sana tu, jangan tak turun. Sambut dan beri semangat pada delegasi kita tu. Diorg bukan perjuangkan nasib diorang, tapi diorang fikirkan korg la yang wat diorang sanggup wat semua ni.

Berkenaan pertemuan dengan pegawai sebelum jaulah bermula, reporter aku cakap pertemuan berlangsung dari 3.15 ptg hingga 5.20 malam. Yang dipanggil ‘mengadap’ hanya YDP, tapi aku dengar YDP bawa gak ‘bodyguard’ sorg dua. Mana la tau, kot-kot masuk pejabat je terus kene ISA. Senang la bodyguard nak backup..hehe (jangan marah En Anwar, bergurau..)

Laporan lain yang aku dengar, pertemuan tu berlangsung dengan tenang. Xde tinggi-tinggi suara dan bertikam lidah. Kiranya pertemuan yang tenang la. Kesimpulannya, YDP kita ada melontarkan beberapa persoalan kepada pegawai yang dia xdapat jawab. Soalan YDP tu lebih kepada berkenaan IMAM dan penyingkiran BKKIMM.

Pegawai plak lebih kepada permintaan untuk ahli bertenang dan bincang dengan baik. Namun yang pasti, xde plak dengar komitmen pegawai untuk bantu BKKIMM untuk mendapat pengiktirafan semula daripada Kerajaan Negeri. Kiranya die nak gambarkan bahawa ahli perlu bertenang dan dalam masa yang sama die xbleh wat pape ngan keputusan kerajaan. Kiranya BKKIMM terus akan tidak diiktiraf dan IMAM terus akan ditubuhkan…hampeh..

Tu je kot yang aku dapat sampaikan. Maaf kepada semua, aku masih x dapat luangkan masa untuk menulis kronologi isu ini seperti yang aku janjikan. Doakan la aku ye moga ada kesempatan masa. Kalau ada yang nak jadi reporter sukarela akumakmum, meh hantar laporan kat aku. Kalau korg nak, aku bleh tulis ‘reported by’ kat situ..hehe..wassalam…

p/s : En Anwar xnak buat akuimam.blogspot ke? =)

Monday, January 3, 2011

Pegawai Nak Bincang Bersama YDP BKKIMM?

Aku dapat dari sumber yang aku boleh caya (kalau salah, jagalah die..), pegawai kebajikan anak Melaka di Mesir, En Anwar nak jumpa YDP BKKIMM pada pukul 3 petang ni untuk 'berbincang'. Baru aku tahu, aku dapat maklumat yang salah sebelum ni dengan mengatakan YDP dah bertolak ke muhafazah, rupanya belum... (kuang asam punye reporter)..

Apa yang nak dibincang, aku pun tak tahu. Xpe, kita yakin akan kredibiliti dan kebijaksanaan YDP dalam nak berbincang ngan pegawai. Tapi suka aku nak pesan pada En Anwar, apa jua perbincangan, BKKIMM tetap dipertahankan. Putuskanlah apa jua keputusan dalam perbincangan itu, namun tidak sesekali bubar BKKIMM dan tunduk kepada IMAM. Para 'makmum' di Wisma Seri Melaka sedia bertindak jika BKKIMM diapa-apakan.

p/s : Pegawai dan YDP dan 'bincang', IMAM tak nak bincang ngan makmum? =)

Jaulah Penerangan BKKIMM Ke Muhafazah

Salam. Laporan terbaru yang aku baru dapat, beberapa pimpinan BKKIMM telah memulakan roadshow ke muhafazah untuk menerangkan isu yang menyelubungi Wisma Seri Melaka minggu lepas. Mereka dikatakan telah bertolak selepas Zohor tadi.

Antara kepimpinan yang aku tahu mnenyertai jaulah ini adalah YDP BKKIMM sendiri iaitu YB (Yang Berusaha, akan datang Yang Berhormat insyaAllah) Ust Harman dan beberapa sahabat yang lain. Aku tak dapat maklumat individu lain yang ikut jaulah ni.

Muhafazah pertama kalau tak silap aku adalah Zaqaziq, kemudian Tanta dan yang seterusnya aku tak tahu. Kalau aku dapat jadual diorg yang lengkap nanti, aku updatekan. So, minta tolong pada anak-anak Melaka yang tahu info jaulah ni atau apa jua info isu BKKIMM ni, maklumkan lah pada aku. Reporter aku nak exam la, xdpt nak hantar berita kat aku. Jom la bekerjasama untuk sebarkan maklumat isu ni. Kalau laporan korang tu ada copyright, aku akan letak la nanti 'reported by' kat citu..hahaha

Jom, ramai-ramai pergi ke markaz DPM masing-masing. Hari ni di Zaqaziq dan esok di Tanta. Pukul berapa tu, korang tanyalah DPM korg masing-masing. Bukan anak Melaka je, semua mahasiswa bleh datang. Tunjukkan sensitivit anda semua pada isu mahasiswa ni. Tak rugi pun pergi majlis ni, just sejam dua je.. Kalau sayang nak tinggalkan masa baca buku tu, bawa buku sekali dalam majlis tu. Sama tunggu tu, boleh la baca buku satu ke dua muka surat.

InsyaAllah masa yang korang korbankan kerana Allah ni, akan bawa berkat dan dibalas Allah di akhirat nanti. Dalam majlis tu nanti, korang tanya la apa yang korang nak tahu. Beri gak cadangan bernas korg pada BKKIMM. Kerjasama dan muafakat ini, pastinya membawa berkat.

p/s : Ada sesapa tahu bila plak majlis penerangan IMAM? =)

Sunday, January 2, 2011

Sidang Media BKKIMM Menjana Kesatuan Hati Mahasiswa

Salam.maaf sgt aku sibuk skit hari ni.xdapat nak update berita Ngn cepat.jadi,aku ambil kesempatan ruang masa yang sedikit ni untuk aku maklumkan apa yang berlaku pada malam semalam.

Malam semalam,telah diadakan majlis 'Sidang Media' oleh BKKIMM bertujuan untuk menerangkan isu yang berlaku sejak seminggu ni. Maka, pimpinan BKKIMM mengambil inisiatif untuk menganjurkan majlis penerangan kepada semua mahasiswa Mesir.

Kehadiran pun aku dimaklumkan memang ramai. Hampir memenuhi surau Wisma Seri Melaka. Terima kasih atas kehadiran semua terutama mereka yang bukan ahli Melaka. Pastinya sokongan anda semua sedikit sebanyak mngurangkan kedukaan kami malah menambah semangat kamu untuk terus mempertahankan hak.

Pimpinan BKKIMM menerangkan segala yang berlaku mengikut kronologi. Aku rasa tidak perlu aku cerita dengan teliti. Lotih nak mngarang sekarang. Aku mungkin akan ambil masa lain untuk aku ceritakan satu persatu kronologi isu ini.

Sesi soal jawab oleh para hadirin juga berlangsung dalam majlis ni. Rata-rata bertanya berkenaan status BKKIMM dan IMAM. Tidak kurang juga yang bertanya tentang perjalanan survival BKKIMM. Pertanyaan semua yang bertanya adalah tanda sokongan dan ambil cakna diorg kepada anak Melaka. Terima kasih sangat pada korg semua.

Namun, aku dapat cerita juga, ada usaha 'membawa lari' anak Melaka pada malam itu. 'Seseorang' telah berusaha untuk menarik perhatian anak Melaka agar tidak menyertai majlis penerangan malam tadi. Umpan yang diberikan kalau tak silap aku jamuan makan. Namun alhamdulillah, tak semua termakan umpan tu. Kalau apa yang aku dengar ini salah, mohon perbetulkan.

Apa pun, Jazakumullah kepada semua yang terlibat dalam majlis malam tadi. Semoga ia dirahmati dan menjadi asbab turunnya bantuan Allah dalam menyelamatkan BKKIMM. Insyaallah kalau ada masa, mulai esok aku akan coretkan kronologi ini satu persatu. Doakan aku diberi kesempatan masa. Jazakumullah.

P/s : BKKIMM dah buat majlis penerangan. IMAM xnak buat ke En Anwar? =)

Saturday, January 1, 2011

'Sidang Media' BKKIMM DI Wisma Seri Melaka

Makluman kepada semua sahabat, akan diadakan apa yang dinamakan 'Sidang Media' BKKIMM di Surau Wisma Melaka pada malam ini selepas Isya. Diharap kepada semua mahasiswa di Mesir, tunjukkan keprihatinan anda dengan menghadiri majlis ini.

InsyaAllah, aku jangkakan semua persoalan yang bermain di fikiran mahasiswa akan terjawab dan anda semua boleh bertanya direct kepada kepimpinan BKKIMM akan apa perkara yang berlaku, status BKKIMM dan pendirian BKKIMM dalam isu ini. Anda semua boleh juga memberikan apa jua cadangan kepada BKKIMM untuk meneruskan perjuangan di Bumi Anbia walaupun tanpa pengiktirafan Kerajaan Melaka.

Paling penting bagi aku adalah pengiktirafan Allah. Tak gitu En Anwar? =)

IMAM Tidak Diisytihar, Kemenangan Moral Anak Melaka!

Maaf sangat aku x dapat nak update perkembangan terkini isu BKKIMM di Wisma Melaka. Pada hari ni, aku dimaklumkan diadakan perjumpaan bersama dengan anak-anak Melaka pada jam 2.00 ptg di Surau Wisma Seri Melaka. Ia melibatkan pelajar Melaka dan delegasi kerajaan Melaka yang sudah bertolak balik pada awal pagi Tahun Baru ni.

Apa yang berlaku sebelum pertemuan itu, beberapa orang pelajar yang kebanyakannya adalah pelajar Medic (semua medic kot) dipanggil untuk dilantik memegang jawatan dalam IMAM. Aku sebenarnya boleh sangka baik lagi jika diorg ni nak lantik budak Medic. Xde masalah bagi aku coz xde double standard dalam memegang jawatan. Walaupun perlantikan tu sebagai signal pandang rendah diorg kepada pelajar agama, aku masih bleh sangka baik lagi.

Namun, apa yang berlaku, apabila ada pelajar Medic yang enggan terlibat dgn kepimpinan IMAM, mereka seakan diugut  untuk ditarik pinjaman TAPEM. Aku memohon sesiapa yang ada penjelasan berkenaan ini agar tampil memberi penjelasan agar aku tidak salah maklumat. Jika aku salah maklumat dan ugutan itu tidak berlaku, boleh juga maklumkan semula n aku sedia betulkan. Niat aku untuk bongkar n laporkan perkembangan di Rumah Melaka, bukan jadikan blog ini lubuk fitnah.

Jika ini berlaku, amat2lah bercanggah dengan apa yang Ketua Menteri kata pada malam dialog. Beliau berkata siapa nak join mana-mana die tak kisah. Lagi malang duit rakyat ini (bukan duit kerajaan!) digunakan untuk kepentingan politik mereka. Amatlah tak wajar!

Apabila perjumpaan dimulakan, En Baharuddin memulakan ucapan. Antara ucapannya kalau tak silap aku beliau mengatakan bahawa apa yang disebarkan dalam FB dan blog sekarang berkaitan isu ini kebanyakannya fitnah. Andai aku termasuk di dalam apa yang beliau katakan itu, aku mohon sapa2 je untuk bagitau aku mana yang fitnah? Datangkan juga bukti. Aku akan sedia ubah n minta maaf.

Kemudian, En Abu Bakar pula berucap. Beliau menyentuh berkenaan hal kebajikan anak Melaka. Aku rasa tidak perlu aku ulas kot coz hanya berkaitan teknikal di Wisma Melaka.

Kemudian, pelajar mula ajukan soalan. Kalau tak silap aku YDP BKKIMM, Ust Harman yang mulakan. Kemudian disertai lagi oleh pelajar lain. Aku xtahu jumlah yang terlibat tapi ramai juga la. Bagi aku jumlah yang ada itu sudah cukup menafikan cakap2 belakang selama ini bahwa anak Melaka tiada sensitiviti terhadap BKAN.

Antara isu yang dibangkitkan, yang paling utama adalah isu BKKIMM dan penubuhan IMAM. Kesimpulannya, rata-rata yang bertanya semuanya mempersoalkan kewajaran penarikkan pengiktirafan kerajaan negeri kepada BKKIMM sedangkan BKKIMM adalah badan yang banyak berjasa. Kerja pegawai pun banyak dimudahkan dengan adanya BKKIMM. Jawapan yang mereka berikan muda sahaja, itu arahan Ketua Menteri, patuh saja la...

Kemudian isu IMAM pula. Kenapa nak ditubuhkan yang baru sedangkan yang lama sudah ada. Mereka jawab, IMAM bukan pertubuhan. Ia hanya badan pelaksana. Maka, bangkit pula soalan, jika badan pelaksana, mengapa perlu ada ahli. Tak dapek mereka nak jawab. Tapi kesimpulannya, mereka jawab IMAM adalah pertubuhan mahasiswa Melaka di semua universiti di Malaysia dan penubuhan di Mesir ini sekadar penyelarasan. Lalu timbullah soalan, kalau begitu, serahkan perlantikan kepimpinannya kepada ahli Melaka. Pun tak dapek mereka nak jawab.

Yang terakhir aku nak ulas, anak Melaka mempersoalkan peranan pegawai. Seperti mana yang aku nyatakan sebelum ini, banyak tugas pegawai dibantu oleh BKAN. Maka, apa salahnya dikekalkan BKAN dan wujudkan kerjasama yang erat antara BKAN dan pegawai, seperti yang rumah negeri lain lakukan. Lagi selesai masalah.

Cuma aku kesian tengok pegawai kene balun. Serius ni. Ada juga keluar perkataan yang bagi aku tidak patut keluar dari mulut kita selaku pelajar agama (walaupun medic). Serangan peribadi dan kata-kata kurang manis secara terbuka bagi aku tidak patut. Jika dia salah dari sudut teknikal dan usaha nak bubarkan BKAN, kita bongkar berkenaan itu sahaja la..Jika dia tidak beradab ngan kita, xkan la kita nk ikut macam dia. Dakwah still kene ikut dengan adab k.

Kesimpulannya, IMAM tidak dapat diisytiharkan kerana asakan soalan daripada anak Melaka. Ramai jadi Hang Jebat petang tu. Nasib baik xde Taming Sari je. Bagi aku, ini kemenangan moral bagi kita. Banyak persoalan di dalam isu ini yang buatkan aku yakin, mereka ada agenda politik. Xpe, sekarang ni, IMAM biarkan dengan IMAMnya, makmum mohon untuk mufarakah dan terus bersama BKKIMM. Kita lihat siapa yang mendapat kepercayaan ahli.

Apapun, aku puji semua pihak, baik delegasi, pegawai dan pelajar yang dapat mengawal emosi dengan baik (kecuali segelintir) dan menghasilkan perjumpaan yang hangat tapi 'mesra'. Aku puji gak sikap En Baharuddin dan En Abu Bakar yang bagi aku orang yang pandai melayan kerenah mahasiswa di samping pandai gak putar2 ayat =) Nak buat macam mana, mahasiswa berdarah panas. Sesekali kena la berhadapan dengan mereka. Tahniah pada semua.

p/s : Minta maaf kat En Anwar jika post aku yang sebelum ini, ada mengguriskan hati beliau. Apa bleh buat, kita orang Melaka, darah pun tengah naik masa tu. Kata profesional, berani buat, kene beranilah untuk terima kritikan k =)