Aku Bukan Sapa-sapa!

Seperti mana yang aku cakap dalam post pertama aku, aku bukan sapa-sapa. Aku hanya sorang anak Melaka yang nak menegur perkara salah. Jangan kaitkan aku ngan BKKIMM walaupun aku penyokong diorg dan mauqif kami sama. Jadi, aku nak gtau, apa jua tindakan aku, sama sekali tidak melambangkan dan tidak berkaitan dengan BKKIMM. Malah, tidak juga berkaitan dengan bilal, noja dan juga tok siak..hahahaha

Tuesday, January 11, 2011

Menjawab Hujah - Boleh Ke Adab Menandingi Kewajipan Melawan Kezaliman?

Salam. Aku paksakan diri untuk menaip di pagi yang mulia ni, untuk memberi faham kepada sahabat kita, ‘Tuah’ yang bagi aku perlu dijelaskan semula perkara ni. Memang kita perlu beradab, berlu bersopan. Itu tuntutan dalam Islam. Tapi, BUKAN AJRAN ISLAM jika beradab tu mendiamkan kezaliman yang berlaku kepada hak orang lain. Aku turunkan kat sini ayat perbualan aku dan ‘Tuah’ di shout box.

‘Tuah’ : ap yg tuan hamba semua perkatakn ni. kte ank melayu. berbudi bahasalah. knpe diguna bahasa yg tak enak didgr. bkn nabi prnah mngajar kte utk berbuat baik sesama manusia. inikn pula sesama islam. sedarlah wahai bangsaku. kalau semua ini berterusan, sia2lah ungkapan ku dahulu. dan tak peliklah apabila melayu bnr2 hilang di dunia

Akumakmum to Tuah : Aku guna bahasa yang sesuai sesama ank Mlk.aku bgktkn semuanya fkta n hujah.kalau ada yg salah,lawanlh dgn hujah dan fakta gak. tntg bsatu,nabi ajar mnyatukn bangsa dgn Islam.so,seruan satukn melayu oleh 'phk trtntu' skrg ats nma Islam ke?atau just ats nma kuasa n undi pru? aku setuju bangsa melayu bersatu,tapi wajib atas nma Islam.nabi juga satukn slrh arab ats nma Islam.mlh nabi sndri tlk twrn arab brsatu ats nma kuasa!

‘Tuah’ : tuan hamba, apa kata kte tolak tepi soal kuasa. tolak tepi hal undi. tolak tepi hal fakta n hujah. apa guna kte brtelingkah. apa salah kte berbaik sesama kte. tanpa memikirkan perbedaan antara kte. kte khalifah di bumi Allah. tegur menegurlah dgn cara yg berhikmah. lbeh elok tgur secara terus. bkn ke perbuatan tuan hamba ini sama seperti membuka aib saudara seIslam kte sendiri. tegurlah secara berdepan. mmg bnr kte tuan hamba. bersatu ats nme Islam. SYABAS parameswara!!! mmg itulah yg kte semua mahukn. tp knpe masih antara umat masih ad bertelingkah? fkir2knlah. dlm kte sesme Islam, Melayu bertelingkah. kte x tau kalo ad org kafir di luar sne bertepuk tgn.

‘Tuah’ tahu ke isu yang berlaku? Bolehkah hujah ‘beradab’ mengatasi kepentingan dan kewajipan bersatu? Isunya sekarang, kesatuan yang dibina atas dasar Islam dan ketaatan pada Allah di kalangan anak Melaka di Bumi Mesir telah digugat dengan satu usaha yang memiliki motif di sebaliknya. BKKIMM, persatuan yang menjalankan dakwah dan kebajikan di Wisma Seri Melaka telah difitnah sebagai hipokrit dan dipinggirkan dengan penuh biadap. Kemudian digantikan dengan ‘Ikatan Mahasiswa Anak Melaka’ (IMAM) yang ditubuhkan dengan penuh tanda soal dan penuh motif tersembunyi.

Seperti yang aku katakan sebelum ini, aku tidak mengatakan mereka di dalam IMAM ini yang bermasalah, malah apa yang kami tentang adalah penubuhan IMAM itu sendiri. Mereka di dalam IMAM tidak semuanya menjadi dalang. Namun, pihak atasan yang mempunyai agenda tersembunyi yang bertanggungjawab di atas apa yang berlaku. Tindak tanduk dan gerak kerja mereka dalam menubuhkan IMAM yang aku pertikaikan.

Jika penubuhan IMAM ini sekadar reform nama, aku pun tak kisah. Macam yang aku cakap, serah pada ahli untuk lantik kepimpinan mereka dan serah kepada kepimpinan yang dilantik itu untuk menggubal perlembagaan mereka. Aku pun setuju sangat jika ini berlaku.

Namun, ‘Tuah’ tahu kea pa yang berlaku sebenarnya? Pada mulanya, dikatakan kita hipokrit, pastu dipinggirkan persatuan lama dan ditubuhkan yang baru. Mula-mula kata, tidak kisah untuk pililh mana2 persatuan baik yang lama atau baru. Namun, di Malaysia, ibu bapa mahasiswa diugut untuk menarik bantuan pinjaman jika tidak sokong IMAM. Ada pelajar yang hampir pasti akan ditarik pinjaman (dengan ayat mudah, akan disusahkan mereka untuk menuntut ilmu di Bumi Anbia ni!!). Kemudian, dijalankan serangan peribadi kepada mereka yang kekal menyokong persatuan lama

Penubuhan IMAM juga diseiiringkan dengan penubuhan Kelab UMNO Melaka Mesir di Wisma Seri Melaka. Pastu dijadikan Wisma Seri Melaka sebagai markaz sementara Kelab UMNO Kaherah. Aku nak tanya, hak rakyat Melaka dijadikan hak UMNO, aku perlu diam ke? Banyak lagi la, ko cari la sendiri kalau benar ko nak tahu kebenaran!

Aku nak tanya Si Tuah ni, dengan apa yang berlaku ni, nak terus bersangka baik dengan penubuhan IMAM? Wei, bersangka baik dalam Islam ada batasnya, ia tidak sampai mendiamkan kezaliman! (goram plak aku wei....) Aku puas bertanya stand kepimpinan IMAM berkenaan apa yang berlaku, kenapa membisu? Kesimpulan aku, kalau apa yang diorang buat ni benar, tidak perlu nak buat semua perkara tak bermaruah tadi. Aku tuntut penubuhan IMAM ini dibuat dengan cara yang bermaruah dan tidak menzalimi orang lain, kalau tidak jangan pula gunakan hujah ‘adab’ untuk menafikan hak orang yang dizalimi untuk bangun bersuara!

Aku nak tanya, Tuah ni orang Melaka ke? Tahu tak perbezaan pertuturan orang Melaka dengan negeri lain? Kalau ko nak kata aku tidak berbudi bahasa dan kasar, nampak sangat ko x tahu uruf adat orang Melaka. Bahasa yang aku tuturkan dalam blog ni adalah bahasa biasa dalam pertuturan kami anak Melaka. Kalau orang luar Melaka terasa, itu korang punya pasal. Aku menulis untuk ahli Melaka dan berkenaan isu Melaka. Diorang skit pun tak terasa. Kalau orang luar Melaka nak baca blog ni, gunakan kanta bahasa pertuturan orang Melaka!

Dalam blog aku, aku adakala gunakan bahasa tegas untuk menegaskan stand aku. Adakah penegasan bahasa itu tidak beradab? Tidak berbudi bahasa? Aku juga guna perkataan marah, marah yang ada asas dan pada perkara yang hak. Itu pun kasar ke? Wei, perhatikan semula dan kaji makna sopan dan beradab dalam Islam, bukan hanya sekadar guna perkataan sopan, tapi pandang dengan pandangan yang sempit.

Kalau Tuah nak tahu, kamilah pihak yang menolak semua soal kuasa, undi. Kami gunakan segala kelembutan semasa awal2 isu ini berlaku.Kami sentiasa berbaik dan merayu kepada Si Bapa. Jadi adakah salah, kami bertegas menuntut hak kami? Namun dalam masa yang sama, kami sentiasa berbaik dan tidak menyerang peribadi mereka. Kami menyerang pada kezaliman yang mereka buat, bukan pada peribadi mereka. Maka, adakah bila kami menuntut hak, kami dikatakan bertelingkah.

Tuah tahu ke apa itu hikmah? Adakah lembut itu hikmah? Adakah tegas pula tidak hikmah? Hikmah adalah bijaksana, melakukan sesuatu tepat pada tujuan dan sasaran. Adakah disebabkan akumakmum ni unknown, maka aku tidak hikmah. Adakah teguran secara  berdepan tidak berlaku? Mereka di dalam BKKIMM melakukan teguran secara berdepan, maka salahkah aku buat teguran secara terbuka?

Sebutkan dengan jelas, mana bahagian di dalam blog ini aku mengaibkan sesapa? Tahukah Tuah, jika kezaliman berlaku dan kejahatan dilakukan secara terang –terangan, maka diharuskan untuk mendedahkannya secara terbuka? Adakah tindakan aku mendedahkan kejahatan dan kezaliman yang berlaku ini dikatakan membuka aib orang lain?

Aku tidak pernah menyerang mana-mana peribadi di dalam blog ini, aku meyerang pada kejahatan mereka yang dilakukan secara terbuka. Aku tulis di dalam blog aku dengan bersandarkan fakta dan bukti. Jika ada yang aku katakan salah, atau ada menyerang peribadi dan perkara yang tidak berkaitan, bgtau aku dan tunjukkan bukti kesalahan aku, aku sedia menarik semula dan memohon maaf!

Kesimpulannya, ini bukanlah pertelingkahan, tetapi perjuangan menuntut hak. ‘Pertelingkahan’ begini adalah harus dalam Islam hinggalah pihak yang zalim memulangkan hak kepada mazlum. Maka, diharapkan Tuah tidak memandang adab dari sudut yang salah sehingga menafikan hak melawan kezaliman dengan bersandarkan hujah ‘beradab’. Dalam hal ini, yang perlu berhenti adalah si zalim, berhenti daripada perbuatan zalim. Bukannya kami yang menuntut hak ini yang perlu berhenti.

Tuah perlu jelas, jika kami tunduk dan berbaik dengan pihak yang menzalimi mahasiswa Melaka, itu adalah salah di sisi agama Islam! Islam tidak ajar kita beradab hingga membiarkan kezaliman berlaku dan maruah kami dipijak!

p/s : aku malas nk ulas lagi hujah ‘beradab’ macam ni...lotih la menaip..pape pun, terima kasih Tuah atas teguran. Kalau nak bagi pandangan ke pape, bagi dalam FB je la..malas nk layan dalam blog ni =)

No comments:

Post a Comment